Wednesday, 5 June 2013

Cara Buat Durian Creepe

Tak leh jadi nih. Semua orang tak kira kat blog, kat FB, kat magazine, asyik dok citer pasal Durian Crepe. Sedap sangat ke makanan nih..? Sebenarnya 3-4 tahun lepas daku penah terbeli mango crepe yg ada jual di salah satu kios di Mid Valley. Durian crepe pun ada jual sama tp zaman tu durian crepe ni tak menjadi sebutan langsung spti fenomena beliau saat ini.
Jadi bila seantero dunia Malaysia dok cerita ttng kesedapan durian crepe ni membuatkan daku pun teruja nak menikmati beliau. Pada hakikatnya daku bukanlah seorang pemakan durian tegar kecuali bila ia dah dijadikan tempoyak/gulai barulah daku ada selera nak makan. Namun baru2 ni semasa mr suami ke Balik Pulau, Penang (ceritanya di SINI), beliau dgn jayanya telah memborong beraneka buah-buahan tempatan termasuklah Buah DURIAN yg menjadi kegilaan beliau. Terkejut monkey daku dibuatnya dgn hasil borongan tersebut. Nasib baik Durian crepe sedang menjadi fonemena skrg. Jadi adalah idea daku nak menyetelkan durian2 nih selain dimakan mentah begitu saje.
Rupa2nya senang je pun nak buat durian crepe nih. 10x kelip mata je. percayalah. heh. Sebenarnya daku banyak belajar buat makanan ni dari blog2 masakan di luar sana. Tak perlu pergi kelas masak pun!. Salah satu blog yg memberi penerangan yg lengkap adalah di blog www.mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Manakala resepinya pula daku ambik dari blog ??.. eh..lupa pulak blog mana. Sebenarnya ada pelbagai versi resepi yg bertebar di luar sana tapi daku tertarik dgn resepi yg di bawah ni krn ia menggunakan 4 jenis tepung. Kalau guna tepung gandum semata-mata, daku rasa macam buat kuih ketayap pulok :o
 RESEPI DURIAN CREPE
-20gm tpg gndum (daku jadikan 30gm)
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
Cara membuatnya :-
Masuk sume bhn dlm mngkuk. sebatikan dgn whisk dan tapis. kalau pekat just tmbh air sikit..
Ambil sesenduk kecil. Tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
Layangkan kuali agar adunan sekata dan menipis.
Masak atas api kecil. Masak hingga kering. Angkat..tk perlu terbalikkan masa angkat tu (sila abaikan kewujudan kuali karat tersebut)
adunan tadi boleh menghasilkan kira2 7-8 keping kulit bergantung saiz senduk bila menebar adunan dlm kuali tadi
Untuk membuat inti/filling, bahan2 yg diperlukan :-

150ML FRESH CREAM (pastikan pada kotaknya ditulis Non-dairy) – diputar hingga kental/kaku
isi durian (biji xmau) – nak sedap, guna la durian musang king. yang ni daku guna durian 101
fresh cream diputar kaku macam kejadian atas ni !
Cara-cara melipat Durian Crepe :-
bentangkan crepe atas pinggan leper. letakkan fresh cream kental (agak2 sesudu)
letak pula isi durian
letak lagi fresh cream di atasnya..
lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
Tara… siaplah sudah Durian Crepe yg menjadi fenomena sekarang ni !
Amacam ! senangkan nak buat nya? Rasanya pun sodap. Apa lagi kawan2. Kalu ada durian terlebih tu moh la buat Durian crepe pulak !
disebabkan mr suami beli durian banyak sangat, jadi daku buat crepe pun banyak keping juga. sebahagiannya daku jadikan buah tangan semasa menghantar rombongan kenduri kawin adikku Na ke rumah mertua beliau baru2 ni. Sebelum berpisah, terima kasih kepada penyumbang resepi hebat ini. (nanti kalu dah jumpa blog mana, akan daku link kan blog beliau).

Tuesday, 4 June 2013

Kisah Astro Dan Arah Kiblat

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU?


Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Hangat! Gambar Zizan dan Elfira Loy Tidur Bersama Dalam Satu Kapal

Siapa yang tidak kenal zizan, kecoh sekarang nie untuk mengetahui siapakah hati yang berjaya menyentuh hati seorang jejaka kurus ini.

Walaupun macam tidak cukup makan namun, ia mempunyai personaliti yang baik dan jarang mengeluarkan gossip yang tidak baik keatas dirinya.
Baru baru ini zizan dikaitkan dengan seorang wanita comel iaitu Elfira Loy. Khabarnya wanita ini adalah kekasih zizan, namun berita ini belum dapat dipastikan oleh tuan punya diri.
Apa apapun penulis hari ini bukan nak korek rahsia siapakah wanita idaman Zizan nie tetapi nak berkongsi satu gambar bahawa mereka ini pernah tidur bersama dalam satu kapal terbang.
Kalau tak percaya cuba tengok gambar dibawah ni.. hihihihi


Ini cuma gambar diaorang tidur dalam flight. Takde isu tidur di katil atau bergambar berahi pun. Maybe both of them terlalu penat. Kebetulan seat berdua sebelah.

Tak tersedar punya pasal. Terlelap terlentok bersama lah.
Apa pun mereka berdua nie memang nampak secocok dan sedondon bila tidur bersama, cuba tengok raut wajah mereka berdua, seakan akan sama kan.
Tapi tidur mereka berdua nie comel kan… ke mereka berdua nie dalam lakonan agaknya kot ahak;s hahah…

Dapat Menantu Gila Pun BOLEHLAH Daripada Tak Ada – Erma Fatima

Semua peminat hiburan tempatan sedia maklum, Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22.


Memandangkan sebelum ini Sakinah pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi video mengarut dan tidak elok, oleh itu sebagai ibu kepada teman lelaki Sakinah, Erma Fatima hanya mampu tersenyum dan menyifatkan perangai gila-gila pelakon itu adalah sama sepertinya di zaman muda-muda dahulu.
” Huhh..nasib baik suatu ketika dahulu saya pernah gila macam dia. Jadi, dapat menantu gila pun bolehlah daripada tak ada. “
Dalam pada itu, sewaktu pelakon Sharifah Shahora bergurau kepada Erma Fatima mengenai video pakaian dalam merah yang pernah dimuat naik oleh Sakinah, pengarah ini hanya tergelak dan menjawab,
”I tak kisahlah nak pakai bra merah ke, biru, kuning, hijau, kita orang Malaysia kan?
Untunglah Sakinah dapat bakal mak mertua yang sporting macam Erma Fatima ini kan? Melalui respon peminat, mereka juga melahirkan rasa kagum dengan sikap terbuka pengarah tersebut dan menyifatkan Erma sebagai seorang ibu mertua yang baik.
Apa pun, jom layan video keek mengenai penjelasan Erma Fatima berkaitan bakal menantunya itu selepas ini. – Ohbulan.com